Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban menerima kunjungan lawatan daripada Penolong Komisioner Kanan Nik Robidin bin AB Rahman (Pengarah Penjara Negeri Sembilan) bagi memberi maklumbalas dan pendapat mengenai Pesalah Kehadiran Wajib (PKW) yang menjalankan tugas di kawasan-kawasan seliaan Majlis Bandaraya Seremban. Turut hadir pada sesi perjumpaan semalam ialah PKP Hasrul Anwar Bin Hasim (Pengarah Pemulihan Dadah Jelebu) KIP Affandi Bin Abdullah (Ketua Seksyen Parol) KIP Mohd Zazely Bin Abdul Molok (Pejabat Parol Daerah Seremban), KIP Muhammad Fadhli Bin Asri (Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysia) Mohd Azwan bin Aziz (Penolong Pegawai Latihan Vokasional Ibu Pejabat Penjara Malaysia) dan En Hashry Bin Mohd Yaacob, Pegawai MBS.
|