YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban dan isteri serta YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar N.Sembilan Darul Khusus dan isteri telah berkesempatan hadir ke Pesta Floria di Putrajaya. Majlis Bandaraya Seremban turut mengambil bahagian dalam pameran Pesta Floria yang diadakan sejak 29 Ogos 2022 sehingga 6 September 2022. YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya turut hadir bagi menerima menerima kunjungan pada hari tersebut. Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Tn. Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, Tn. Hj. Nasiruddin bin Ab Rahman Pengarah Taman & Landskap MBS dan pegawai MBS.
|