KUNJUNGAN DELEGASI ASEAN SUSTAINABLE URBANISATION FORUM KE MBS
Seremban, 11 Ogos 2025 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS telah hadir menyempurnakan sesi kunjungan delegasi daripada ASEAN SUSTAINABLE URBANISATION FORUM (ASUF) di Wisma MBS. Delegasi ASUF diketuai oleh Puan Ramona bin Razali, Pengarah Bahagian Pembangunan Landskap, Jabatan Landskap Negara mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama lagi 30 orang pegawai daripada Urbanice Malaysia, Majlis Perbandaran Hulu Langat, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Jabatan Landskap Negara dan sukarelawan. MBS melalui Jabatan Perancangan Pembangunan MBS turut mengatur beberapa lawatan untuk delegasi melawat seperti Kilang Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Bandar Enstek, D'Tempat Matrix Concept Sales Gallery, ke Kawasan Pembangunan Sendayan dan Masjid Sri Sendayan. MBS mengucapkan MBS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi ASEAN SUSTAINABLE URBANISATION FORUM (ASUF) atas kesudian mengadakan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Kunjungan ini merupakan satu penghormatan besar kepada pihak MBS dan membuka ruang kerjasama lebih erat dalam usaha memacu pembangunan bandar yang mampan dan inklusif.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

























