KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA NEGERI SEMBILAN
Seremban, 8 Januari 2024 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Negeri Sembilan di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS.
Kunjungan delegasi daripada MCMC Negeri Sembilan terdiri daripada Ts. Md Tahir Musa (Pengarah MCMC Negeri Sembilan), En. Muhammad Hafiz Firdaus Azmi, (Timbalan Pengarah MCMC Negeri Sembilan), En. Ahmad Faizal Rosehaizad (Timbalan Pengarah MCMC Negeri Sembilan) dan En. Muhammad Afiq Muqarrabin Abdul Halim (Penolong Pengarah MCMC Negeri Sembilan) Turut serta ialah Puan Hezlin binti Amat, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBS.