LAWATAN KERJA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN KE PERBADANAN PENGURUSAN RUMAH PANGSA ORKID, JOHOR BAHRU PADA 21 NOVEMBER 2023 (SELASA)
Seremban, 21 November 2023 - Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat dan mendengar taklimat amalan terbaik penyenggaraan dan pengurusan strata daripada MC Rumah Pangsa Orkid. Selain itu pendedahan juga diberikan berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan yang telah dilaksanakan sehingga kepada penganugerahan pensijilan MS ISO 9001 - 2015. Pencapaian seumpama ini jarang diperolehi oleh skim strata.
Lawatan kerja ini turut disertai seramai 30 orang wakil JMB / MC dan wakil Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan Unit COB MBS.
YBhg Datuk Bandar merangkap Pesuruhjaya Bangunan Majlis Bandaraya Seremban mengharapkan amalan yang terbaik di MC Rumah Pangsa Orkid dapat diaplikasikan di skim strata di Seremban