Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada Majlis Perbandaran Kangar mengenai pelaksaan operasi smart parking. Tuan Mas Midyawan, Setiausaha MBS & En Hairulazmi bin Mohd Ali, Ketua Penolong Setiausaha MBS telah menyampaikan penerangan dan taklimat mengenai tatacara pelaksanaan smart parking di Bandaraya Seremban. Turut hadir semasa taklimat tersebut, En Raziff bin Yaacob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, delegasi pegawai daripada Majlis Perbandaran Kangar dan Ketua-Ketua Jabatan MBS.
|