Seremban, 21 April 2025 - Tuan Ir. Ts. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah turun ke lokasi kejadian tanah runtuh di Lorong Desa Melor 2/9, Taman Desa Melor.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau kerja-kerja pembaikan yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Untuk makluman, sebagai langkah awal bagi mengurangkan risiko pergerakan tanah terus berlaku, pemasangan kanvas telah dilakukan di kawasan yang terlibat.

Hasil pemeriksaan ditapak mendapati, terdapat retakan pada bahagian jalan di hadapan rumah yang terlibat. Walaubagaimanapun, struktur longkang culvert di hadapan rumah tersebut didapati berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan baik.

Pihak kontraktor telah melaksanakan sambungan antara tembok konkrit dan rubble wall di tapak untuk memastikan kestabilan struktur lebih kukuh dan mencegah kerosakan lebih lanjut.

Kontraktor juga telah diberikan arahan untuk tidak menggunakan tanah asal bagi kerja penambakan kerana tanah tersebut telah menyerap terlalu banyak air dan kehilangan kekuatan struktur.

Majlis Bandaraya Seremban telah merangka beberapa langkah jangka masa panjang bagi mengatasi perkara ini dan meminta supaya warga bandar raya Seremban menghubungi kami ditalian 067654444 jika terdapat sebarang pertanyaan / cadangan atau kemukakan aduan melalui SISPAA mbseremban.spab.gov.my

Hadir sama semasa lawatan ini diadakan ialah En. Nuh Nurul Mushawwir bin Abdul Aziz (Ketua Jurutera Awam MBS) dan En. Muhammad Zaki bin Mahussin (Ketua Seksyen Kejuruteraan MBS).

LAWATAN TURUN PADANG_1