YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah bersama-sama menghadiri ke Masjid At-Taqwa Kampung Paroi, Seremban malam semalam bagi majlis bacaan Yassin sempena ulang tahun ke 3 Majlis Bandaraya Seremban. Selain dapat mengimarahkan masjid-masjid di sekitar Seremban, ianya juga dapat menjaga hubungan baik di antara MBS dan qariah-qariah yang terlibat dalam membincangkan berkenaan hal-hal yang berkaitan di kawasan qariah. Turut hadir pada malam tadi, Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Pengarah-pengarah Jabatan MBS, Ketua-ketua Unit MBS dan warga kerja Majlis Bandaraya Seremban.
|