Majlis Bandaraya Seremban telah menerima Lawatan Kembara Muhibbah @ MP Jempol anjuran Majlis Perbandaran Jempol sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama Pengisytiharan Majlis Perbandaran Jempol. Lawatan ini telah diketuai oleh Y.M Raja Norazli Bin Raja Nordin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol bersama pegawai dan kakitangan yang turut menyertai lawatan ini. Turut hadir pada lawatan ini ialah pengarah - pengarah jabatan, ketua - ketua unit serta pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Seremban Warga MBS mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Pertama Pengisytiharan Majlis Perbandaran Jempol |
|