MAJLIS PENERIMAAN DAN PENGAGIHAN PENUTUP HIDUNG DAN MULUT (MASK) DARIPADA KUMPULAN GD HOLDING NILAI, 21 April 2020 - Majlis Penerimaan Dan Pengagihan Penutup Hidung Dan Mulut (Mask) telah diadakan pada hari ini bertempat di Ruang Legar Utama Majlis Bandaraya Seremban, Cawangan Nilai YBhg Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima sumbangan tersebut daripada Tuan Dennis Kwee Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan GD Holdings Seterusnya , YBhg. Datuk Bandar turut mengagihkan Penutup Hidung Dan Mulut (Mask) yang diterima kepada jabatan / agensi barisan hadapan iaitu: 1. Pengarah Undang - Undang & Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seremban 2. Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Daerah Nilai 3. Ketua Polis Daerah Nilai 4. Ketua Balai Bomba & Penyelamat Daerah Nilai Semoga dengan penerimaan dan pengagihan Penutup Hidung Dan Mulut (Mask) ini dapat memantapkan lagi operasi barisan hadapan dalam memerangi Covid-19. |