MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KIK 2024 PERINGKAT MBS
Seremban, 26 Februari 2025 - YB Dato' Haji MK Ibrahim bin Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan telah sama-sama hadir bersama YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif 2024 Peringkat MBS di Ruang Dato' Dagang Paroi, Wisma MBS. MBS melalui Unit Komunikasi Korporat telah mengadakan Pertandingan KIK Peringkat MBS pada 20 Disember 2024 yang lalu, sebanyak 5 Kumpulan yang terdiri daripada pelbagai Jabatan & Unit MBS telah menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan ini. Ini merupakan salah satu persediaan MBS bagi menghadapi Pertandingan KIK Peringkat Negeri Sembilan malah selaras dengan hasrat YBhg. Datuk Bandar MBS untuk memastikan warga kerja MBS sentiasa aktif dalam kemahiran inovasi dan kreativiti terhadap peningkatan kualiti perkhidmatan di MBS.
KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN KIK 2024 PERINGKAT MBS
1. FORCE SYNERGY (RM1500.00 & Sijil)
2. AQAR (RM800.00 & Sijil)
3. MECHA DINAMIKI (RM500.00 & Sijil)
4. ECO HEALTH SOLUTION (RM300.00 & Sijil)
5. FUTURE MAKERS(RM200.00 & Sijil
ANUGERAH PERSEMBAHAN TERBAIK
• AQAR (RM500.00)
ANUGERAH PERINTIS INOVASI MBS
• MECHA DINAMIK (RM250.00)
• AQAR (RM250.00)
Tahniah diucapkan kepada kesemua pemenang!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |