YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Peralatan & Sumbangan kepada Sukarelawan (NGO) untuk pasca banjir Majlis Bandaraya Seremban. Seramai 7 sukarelawan atau NGO telah menerima sumbangan peralatan dan wang tunai, terdiri daripada NGO 1) Persatuan Kebajikan Magik Negeri Sembilan & Cdert Al-Najah 2) Persatuan Kebajikan HOPE Worldwide Malaysia 3) Neighbour Grace Assembly (Impact Team) 4) Negeri Sembilan Amateur Radio Club (NESRAC) 5) Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 6) Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Al Mawaddah 7) Persatuan Ikatan Amal Muafakat Malaysia Turut hadir pada majlis tersebut, Ahli-Ahli Majlis MBS, Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha MBS dan Ketua-ketua Jabatan & Unit Majlis Bandaraya Seremban.
|