Produk perlancongan ini merupakan satu inisiatif daripada Majlis Bandaraya Seremban dan usahasama Keretapi Tanah Melayu Berhad dalam mempromosikan Bandaraya Seremban kepada penunggang-penunggang basikal daripada Lembah Klang datang berbasikal di kawasan-kawasan yang menarik di daerah Seremban. Turut hadir sewaktu majlis perasmian semalam ialah, Tuan Mohd Zain bin Mat Taha, Ketua Pegawai Operasi KTMB, Ahli-Ahli Majlis, MBS, Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha MBS, Ketua-Ketua Jabatan/Unit MBS, Pegawai-pegawai MBS, KTMB, IPD Seremban, Pengamal Media, Kelab-kelab basikal (Perpatih Cycling Club, N9 Foldies, KL Raleigh Foldies, Cycles MBS)
|