YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menghadiri Majlis Perasmian Program #KeluargaMalaysiaSiagaBencana Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 di Le Meridien Hotel, Putrajaya. Program ini telah disempurnakan oleh YAB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah berlangsung penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Komuniti Hijau COVID-19 Kategori Bandar (KPKT) dan Kategori Luar Bandar (KPLB) iaitu satu pertandingan yang diadakan melalui Program Pemerkasaan Komuniti Oleh NADMA.

Majlis Bandaraya Seremban telah memenangi pertandingan tersebut melalui Perbadanan Pengurusan (MC) Apartment Seremban Putra. Turut hadir semasa penyampaian hadiah ialah En. Saiful Azuar bin Ahmad Jadi Pengarah Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan MBS, Sr. Muhammad Suffian bin Haji Ali Ketua Unit Pesuruhjaya Bangunan MBS dan wakil daripada MC Apartment Seremban Putra.
 
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM #KELUARGAMALAYSIASIAGABENCANA SEMPENA BULAN KESIAPSIAGAAN NASIONAL 2021