Malam Pesona Seni 2024 telah melabuhkan tirainya pada 13 Julai 2024 yang lalu. Bertempat di Padang NS Jalan Yamtuan, Seremban Program ini mendapat sambutan daripada warga bandar raya Seremban. Hampir 5,000 orang telah membanjiri padang seawal jam 5.00 petang.
Program ini diadakan sempena Ulang Tahun MBS yang Ke-4. Pelbagai pengisian telah diadakan antarannya ialah persembahan kebudayaan daripada pelbagai kaum di Malaysia. MBS juga telah menjemput pelajar sekolah untuk mengadakan persembahan pada malam tersebut. Sekolah yang terlibat adalah daripada Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri dan Sekolah Kebangsaan Senawang.
Turut diadakan adalah persembahan daripada artis terkenal tanah air seperti Ameng Spring, Santesh, Angle Ching, Azlan Typewritter dan Aina Abdul. Turut hadir pada malam tersebut ialah YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan bersama isteri, YB Dato' M K Ibrahim bin Abd Rahman Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri bersama isteri, YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Sembilan, Ahli-Ahli Majlis MBS, dan rakan-rakan media.
Terima kasih warga bandar raya Seremban dan pengunjung yang hadir daripada luar Negeri Sembilan. Selamat Ulang Tahun Ke-4 Majlis Bandaraya Seremban!