MESYUARAT MAJLIS PENUH BIL.8/2025
Seremban, 27 Ogos 2025 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh (MMP) Bil.8/2025 di Bilik Dato’ Klana Petra, Wisma MBS. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban. Turut hadir ialah YB ADUN Kawasan dan rakan-rakan media juga turut hadir sebagai pemerhati di dalam mesyuarat ini. Selain itu, YB Tuan Gunasekaran a/l Palasamy, ADUN Seremban Jaya turut memberi penghormatan dengan mengalungkan malai dan selendang kepada YBhg. Datuk Bandar atas pelantikan beliau sebagai Datuk Bandar MBS yang baharu. Mesyuarat ini juga disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook MBS dan menggunakan khidmat jurubahasa daripada Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA).
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |












