YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah melancarkan sesi pelepasan Misi Bantuan Pasca Banjir Pantai Timur 2023 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan. Ekoran bencana banjir yang menimpa negeri-negeri di Pantai Timur, Kerajaan Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk menghantar sumbangan dan barangan keperluan yang diketuai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pada masa yang sama, Majlis Bandaraya Seremban turut menghantar wakil kakitangan dalam menjayakan misi ini. Turut hadir pada sesi pelepasan itu tadi YB ADUN, Pegawai-Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Yang Dipertua-Yang Dipertua Pihak berkuasa Tempatan Negeri Sembilan & Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sembilan.
|