Majlis Bandaraya Seremban hari ini telah mengadakan Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Cabutan Bertuah Kempen Kemaskini Maklumat Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Seremban Bagi Tahun 2020 yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban kepada pemenang di Ruang Legar, Wisma MBS.

Seramai 11 pemenang bertuah telah menerima hadiah masing-masing pada hari ini seperti barangan elektrik ketuhar, peti sejuk, mesin basuh, TV LED dan hadiah utama yang berupa sebuah motorsikal berjenama RS150 Repsol Edisi Terhad.

Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan dan menghargai orang awam dalam menjelaskan tunggakan dan cukai semasa.

Turut hadir pada program ini ialah Ahli Majlis MBS, Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, Ketua Jabatan, Ketua Unit dan pegawai MBS.

Terima kasih diucapkan kepada semua pembayar cukai yang menyertai cabutan bertuah bagi tahun ini dan tahniah kepada semua para pemenang.

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG CABUTAN BERTUAH KEMPEN KEMASKINI MAKLUMAT CUKAI TAKSIRAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN BAGI TAHUN 2020