YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyampaikan 2 buah kenderaan kepada Pusat Giat Mara Tampin untuk dijadikan bahan latihan. Sumbangan 2 buah kenderaan tersebut ialah sebuah Traktor Fiat Slasher 55-56 yang berusia 19 tahun dan lori Isuzu FTR12H berusia 23 tahun merupakan kenderaan yang perlu dilupuskan oleh MBS. Turut hadir semasa penyerahan tersebut ialah Tn. Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, Pn. Azura bt Abu Hassan Pengarah Khidmat Pengurusan MBS dan En. Suhaini Hazli bin Abu Bakar Pengarah Giat Mara Negeri Sembilan. |