Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Majlis Bandaraya Seremban 1447 Hijrah
Seremban, 26 September 2025 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS telah menyertai Perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447 H Peringkat Majlis Bandaraya Seremban anjuran Badan Kebajikan Islam Majlis Bandaraya Seremban (BAKI) di Wisma MBS. Turut hadir semasa perarakan ialah Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, TPr. Mohd Daud bin Ahmad, Yang DiPertua BAKI MBS, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS serta kakitangan MBS terdiri daripada pelbagai jabatan dan unit. Bersempena pada majlis ini juga telah diadakan Program Ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Redza bin Ahmad. Majlis ini diadakan sempena menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW dan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja Majlis Bandaraya Seremban dengan mengadakan perarakan dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |























