YB Dato’ Haji Mohamad Taufek bin Abd. Ghani Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi telah mempengerusikan perbincangan aduan mengenai masalah trafik di Taman Pinggiran Senawang, Taman Senawang Perdana dan Taman Bukit Senawang Perdana. Turut hadir di dalam perbincangan ini ialah En. Sahidin bin Kardi Ahli Majlis, Bandaraya Seremban, Tn. Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, Ketua Balai Polis Senawang, Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Daerah Seremban, Konsultan daripada Melaka dan Pengarah serta kakitangan Majlis Bandaraya Seremban.
|