Seremban, 18 Julai 2024 - YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengadakan Perjumpaan Bersama Dengan Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan MBS Jalan Yamtuan.

Perjumpaan ini merupakan kali pertama diadakan semenjak beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada Januari yang lalu. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk menyampaikan agenda nasional kepada Penjawat Awam di Negeri Sembilan dan untuk mengukuhkan kerjasama antara Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.

Turut hadir ialah YB Dato’ Mohd Zafir Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutan. Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban dan Ketua Jabatan serta Ketua Unit MBS telah hadir mewakili seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Seremban hadir ke perjumpaan tersebut.

Selain itu, Majlis Bandaraya Seremban telah dijemput untuk mengadakan pameran di ruang legar lobi Dewan MBS. MBS telah mempamerkan mengenai Jabatan Penyelenggaraan yang baharu diwujudkan pada tahun 2024.

 

KP 1

 

KP2

 

KP 3

 

KP 4