Seremban, 5 Mei 2025 - Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan Pra Bengkel Pelan Strategik 2026-2030 MBS yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS.
Pra Bengkel ini merupakan kesinambungan bengkel pelan strategik yang telah diadakan sebelum ini dalam membuat perancangan 5 tahun akan datang ke arah 1 Dekad MBS menjelang tahun 2030. Pra bengkel ini, turut dihadiri barisan Ketua-Ketua Jabatan & Unit MBS serta pegawai MBS.