PROGRAM MOH GOTONG-ROYONG HARU CUCI MALAYSIA SAMBIL TANAM POKOK
Sendayan, 16 November 2024 - Majlis Bandaraya Seremban dengan kerjasama Daihatsu Perodua Engine Manufacturing dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah mengadakan Program Moh Gotong Royong Hari Cuci Malaysia Sambil Tanam Pokok di Sendayan Green Park. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban mewakili YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. Program ini merupakan program di bawah Local Agenda 21 (LA21) bagi memastikan kawasan persekitaran masih kekal hujau walaupun pembangunan semakin pesat membangun.
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menyumbang sebanyak 100 anak pokok bagi menjayakan program pada hari ini. Program ini adalah selari dengan Pelan Strategik Majlis Bandaraya Seremban 2021-2025 di bawah Teras Bandar Raya Rendah Karbon, Bandar Pintar dan Pembangunan Mampan.Turut hadir bagi menjayakan program pada hari ini ialah Ahli-Ahli Majlis MBS, Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS serta pegawai-pegawai dan kakitangan MBS.Majlis berharap program seperti ini dapat mendidik warga bandar raya Seremban untuk bersama-sama menjaga memelihara dan memulihara pokok dalam kawasan Pentadbiran Majlis.