PROGRAM MYSKILLS ANJURAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN BERSAMA KEMAS NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025
Seremban, 27 Februari 2025 - YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program MySkills Anjuran Majlis Bandaraya Seremban Bersama KEMAS Negeri Sembilan di Dewan MBS, Jalan Yamtuan, Seremban. Seramai 60 orang peserta hadir terdiri masyarakat di dalam dan luar daerah Seremban mengikuti 3 kursus iaitu Kursus Masakan, Kursus Dandanan Diri, dan Kursus Seni Tangan. Objektif pelaksanaan kursus adalah untuk membantu masyarakat dalam mendaya upaya kemahiran diri dan seterusnya menjana pendapatan melalui kemahiran kursus yang diberikan terutamanya kepada golongan B40. Semua kursus yang diberikan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Seremban dan diberikan secara percuma kepada masyarakat untuk memastikan masyarakat di Daerah Seremban mendapat manfaat yang sebaiknya serta mampu melahirkan ramai lagi usahawan-usahawan di daerah ini. Turut hadir sama Encik Chong Say Hoo, Ahli Majlis MBS, Pn. Nor'ein binti Mohd Shukor, Pengarah KEMAS Negeri Sembilan, Tuan Ir. Ts. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Puan Azura binti Abu Hassan, Pengarah Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan MBS, Encik Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Komunikasi Korporat, tenaga-tenaga pengajar KEMAS Negeri Sembilan, kakitangan MBS serta peserta kursus
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|