Bertarikh 27/2/21 satu program santai berbasikal bersama Datuk Bandar (Mayor Ride) diadakan bertempat di Laman Basikal Seremban.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah YAB Dato Seri Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Teo Kok Seong EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan, YBhg Dato Hj Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Setiausaha majlis, Ketua-ketua jabatan, Team Pesona Seremban serta semua kakitangan dan urusetia Majlis Bandaraya Seremban.

Untuk makluman semua, Laman Basikal Seremban dibuka harini dan anda boleh menunggang basikal secara percuma sehingga jam 7 petang sahaja untuk hari ini sahaja.

Laman Basikal secara rasmi akan dibuka pada hari Ahad jam 7 pagi - 7 malam.

Jom beramai-ramai kita datang dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang dengan cara yang sihat sambil berbasikal di Laman Basikal Seremban.

PROGRAM SANTAI BERBASIKAL BERSAMA DATUK BANDAR (Mayor Ride)