Cyberjaya, 29 April 2025 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melalui Jabatan Perancangan Pembangunan telah mengadakan satu Sesi Focus Group Discussion (FGD) Bagi Semakan Semula Pelan Tindakan Bandar Pintar Dan Bandar Rendah Karbon Seremban 2027 (2.0). Sesi FGD ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan tindakan pelaksanaan di dalam Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon Seremban 2027 untuk diintegrasikan ke dalam Kajian Semakan Semula Bagi Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon Seremban 2027 (2.0) selaras dengan Penjajaran Indikator Penarafan Bandar Pintar Malaysia yang telah digariskan oleh pihak PLANMalaysia.
Kajian Semakan Semula kepada Pelan Tindakan ini adalah untuk memudahkan penjajaran tindakan pelaksanaan disasarkan mengikut standard MS ISO 37122:2019 yang telah ditetapkan serta memudahkan Pihak MBS untuk mesasarkan penyertaan Penarafan Bandar Pintar bagi peringkat seterusnya iaitu Developing City, Leading City dan Visionary Smart City.
Sesi FGD ini telah dirasmikan oleh TPr. Haji Nazri Bin A.Ghani, Pengarah Perancangan Pembangunan,
Majlis Bandaraya Seremban dan turut disertai oleh Agensi Teknikal dan Swasta di dalam Daerah
Seremban bagi menyumbangkan idea dan pandangan berkenaan indikator Bandar Pintar. Diharapkan dengan adanya Pelan Tindakan ini, dapat menangani pelbagai isu dan cabaran perbandaran yang semakin kompleks, merealisasikan bandar pintar yang berdaya huni kepada seluruh rakyat serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri.