YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima sebanyak 1,200 bekas bubur lambuk sumbangan daripada Nestle (M) Bhd sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ketua Jabatan dan Ketua Unit telah mewakili kakitangan masing-masing bagi menerima sumbangan ini. Turut hadir ialah Tn. Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban dan En. Zainal bin Alias, dari Nestle Products Sdn Bhd Region Negeri Sembilan dan Melaka. Terima kasih diucapkan kepada Nestle (M) Bhd di atas sumbangan bubur lambuk tersebut.
|