YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima sumbangan sebanyak 20 kotak COVID-19 Antigen Rapid Test. Sumbangan ini telah disampaikan oleh En. Masrizal bin Mansor dan En. Zaidi bin Mansor, wakil daripada Pejabat YTM Undang Luak Johol Negeri Sembilan.

Turut hadir sama semasa penyampaian ini ialah Tn. Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban. Terima kasih diucapkan kepada Pejabat YTM Undang Luak Johol Negeri Sembilan di atas sumbangan tersebut.

SUMBANGAN COVID-19 ANTIGEN RAPID TEST
 
SUMBANGAN COVID-19 ANTIGEN RAPID TEST
 
SUMBANGAN COVID-19 ANTIGEN RAPID TEST