Kepada semua ahli KITARecycle yang menetap di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban (MBS), ini peluang anda untuk menjadikan amalan kitar semula sebagai tiket ke Anugerah Komuniti Mampan MBS 2025!
Pertandingan ini terbuka kepada individu dan komuniti yang aktif melaksanakan inisiatif kelestarian seperti pengurusan sisa dan kitar semula. Bagaimana caranya?

✅ Muat turun data barangan kitar semula dari aplikasi KITARecycle (Januari hingga Mei 2025).
✅ Hantarkan data barangan kitar semula ke jppmampanmbs@gmail.com
🎁 Hadiah menarik menanti para pemenang!

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menyemak syarat dan kriteria penyertaan yang telah ditetapkan oleh MBS. Maklumat lanjut boleh dirujuk di poster atau hubungi urus setia MBS. Jom sertai beramai- ramai dan jadi komuniti yang lebih lestari dan mampan!

PERTANDINGAN KOMUNITI MAMPAN KITARECYCLE PERTANDINGAN KOMUNITI MAMPAN KITARECYCLE