Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan bersama Kerajaan Negeri Sembilan telah menganjurkan Arena Usahawan Bersempena Kempen Beli Barangan Malaysia Dan Jualan Malaysia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2020 bertempat di Concourse Mydin Seremban 2.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr Mohamad Rafie bin Ab Malek Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan.

Hadir sama ialah barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Sembilan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad Ketua Setiausaha KPDNHEP, YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, pegawai KPDNHEP serta ketua jabatan peringkat negeri dan persekutuan.

Program ini sedang berlangsung mulai 25-27 September 2020. Pelbagai produk usahawan diketengahkan melalui booth-booth pameran yang disediakan. Orang ramai dijemput bagi memeriahkan lagi acara disamping memberi sokongan kepada usahawan tempatan.

JOM SOKONG DAN BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA! BARANG BAIK BARANG KITA!
 
ARENA USAHAWAN BERSEMPENA KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA DAN JUALAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2020