DEKO MERDEKA @ WISMA MBS.

Seremban, 1 September 2023 - YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan dan Ketua Jabatan Daerah & Negeri telah berkesempatan mengunjungi dan merakam gambar di kawasan dekorasi ruang legar Wisma MBS sebelum menuju ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) di Bilik Mesyuarat Dato' Klana Petra, Wisma MBS.

Hasil sentuhan dekorasi yang menakjubkan dan kerjasama daripada kesemua Jabatan di MBS menampilkan corak & tema sempena Hari Kebangsaan sekaligus dapat memeriahkan lagi suasana Bulan Kebangsaan di Wisma MBS. Ianya juga kesinambungan daripada Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Sembilan yang dianjurkan.

Pengunjung yang hadir ke Wisma MBS juga boleh merakamkan gambar sebagai tanda kenang-kenangan & semangat sempena Bulan Kebangsaaan. Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

DEKO MERDEKA @ WISMA MBS. DEKO MERDEKA @ WISMA MBS.