KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA BANK MUAMALAT CAWANGAN SEREMBAN
Seremban, 27 Mac 2025 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS telah menerima kunjungan hormat daripada Wakil Pengurusan Bank Muamalat Cawangan Seremban di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak bank dan MBS serta membincangkan peluang kerjasama strategik dan bertukar pandangan mengenai inisiatif pembangunan perkhidmatan kedua-dua pihak.


