KURSUS ASAS PENGURUSAN BENCANA ANJURAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SEMBILAN

Seremban 2, 24 SEPTEMBER 2024 - Yang Berusaha Tuan Mas Midyawan Bin Yahya, Setiausaha MBS mewakili Datuk Bandar MBS telah hadir bagi Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Pengurusan Bencana anjuran Majlis Bandaraya Seremban bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan bertempat di Dewan Apartment Kalista 1, Seremban 2.
Kursus ini dilaksanakan adalah untuk memastikan teori asas dan kemahiran bagi memastikan pihak pengurusan JMB/MC cakna tentang kepentingan dan peranan pihak pengurusan bagi  bagi menghadapi bencana yang berlaku di kawasan berstrata. Kehadiran pada pagi ini seramai 50 peserta dengan penglibatan daripada 27 JMB/MC.

Tanggungjawab Korporat Sosial atau CSR bagi pelaksanaan kursus ini merupakan satu tanggungjawab yang sangat penting bagi pihak Majlis supaya dapat membangunkan masyarakat untuk sentiasa bersiapsiaga dan menjalankan misi keselamatan secara kolektif bersama pihak dan agensi yang lain.
Selaras dengan saranan daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara melalui pendekatan strategi berkaitan dan bersepadu (Associated and Integrated Strategy – A.I).  Sektor awam tidak boleh bergerak secara ‘silo’ sebaliknya melalui AI Strategy ini ia menekankan konsep “whole-of-nation” melibatkan sektor swasta dan Integrated menekankan konsep “whole-of -government” yang menjurus kepada integrasi antara jabatan. Kerjasama yang dijalinkan antara MBS, BOMBA dan JMB/MC adalah satu bentuk kerjasama strategik yang amat baik dalam memperkasa masyarakat yang mampan terutamanya di daerah Seremban.
Turut hadir sama pada sesi pagi ini Tuan Hamlan Bin Ishak, Wakil Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Cik Sr. Fatin Hamizah Binti Shaari, Ketua Unit COB MBS serta Pegawai dan Kakitangan MBS dan pihak Bomba Seremban.

KURSUS ASAS PENGURUSAN BENCANA ANJURAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SEMBILAN KURSUS ASAS PENGURUSAN BENCANA ANJURAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SEMBILAN