LARIAN INTEGRITI


Seremban, 16 November 2024 (Sabtu) Dalam memberi kesedaran, memupuk dan menyemarakkan semangat integriti dalam kalangan penjawat awam di Negeri Sembilan, telah berlangsungnya Larian Integriti sejauh 5 kilometer yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Pelepasan larian di hadapan Wisma Negeri telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohd. Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berbahagia Dato’ Masri bin Hj Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Yang Berusaha Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha (MBS) dan Yang Berusaha Tuan Zainal bin Said, Setiausaha (MAINS).

Seramai 200 orang peserta telah menyertai larian terdiri daripada kakitangan awam pelbagai agensi telah menyertai larian ini.Pihak MBS juga tidak ketinggalan menghantar seramai 50 orang peserta untuk menyahut cabaran larian 5km ini yang di ketuai oleh Encik Mohd Hashry bin Mohd Yaacob, Ketua Unit Integriti MBS. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan ini dan dilihat berjaya mencapai matlamatnya dalam mempromosikan integriti sebagai asas utama dalam setiap tindakan dan keputusan dalam perkihmatan awam.

LARIAN INTEGRITI LARIAN INTEGRITI
LARIAN INTEGRITI LARIAN INTEGRITI
LARIAN INTEGRITI LARIAN INTEGRITI
LARIAN INTEGRITI LARIAN INTEGRITI
LARIAN INTEGRITI LARIAN INTEGRITI
LARIAN INTEGRITI LARIAN INTEGRITI
LARIAN INTEGRITI LARIAN INTEGRITI
LARIAN INTEGRITI LARIAN INTEGRITI