Lawatan Datuk Bandar dan Tuan Setiausaha Ke Jabatan dan Unit MBS
Seremban, 27 Mac 2025 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban dan Tuan Ir.Ts. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS telah mengadakan lawatan ke setiap jabatan dan unit Majlis Bandaraya Seremban di Wisma MBS, Forest Heights.
Lawatan ini adalah untuk berjumpa sendiri dengan warga kerja Majlis Bandaraya Seremban di setiap jabatan dan unit bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
YBhg. Datuk Bandar dan Tuan Setiausaha juga turut meluangkan masa untuk sesi bergambar bersama-sama dengan warga kerja MBS di setiap jabatan serta unit.



