Seremban, 14 Mac 2023 - Tuan Mas Midyawan Bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah menerima Lawatan Delegasi Daripada United Nations Asia and Far East Institute For The Prevention Of Crime and The Treatments of Offenders ( UNAFEI) Dan United Nations Office On Drug And Crime (UNODC) dan Jabatan Penjara Malaysia.
Kunjungan ini adalah untuk melihat pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib yang dijalankan oleh Pihak Penjara dan Penjara Negeri Sembilan telah terpilih untuk dijadikan contoh bersama- sama Majlis Bandaraya Seremban dalam pelaksanaan program ini.
Turut hadir semasa kunjungan diadakan ialah Pn. Azura Binti Abu Hassan Pengarah Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan.