Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Kajang. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban, Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai MBS. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat mengenai Projek Rintis Majlis Perbandaran Kajang menggunakan kaedah End Life Vehicle (ELV) dan Tunggakan Kutipan Hasil oleh Bahagian Hasil. Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Kajang kerana menerima lawatan daripada Majlis Bandaraya Seremban. |