LAWATAN KERJA YB MENTERI KPKT KE SEREMBAN
Seremban, 8 Mei 2023 - YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah mengadakan lawatan kerja di Seremban yang turut dihadiri oleh YB Tuan Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban merangkap Menteri Pengangkutan.
YB Menteri KPKT telah mengadakan lawatan ke Pasar Besar Seremban, Padang Lobak, Rumah Pangsa Tun Dr. Ismail, Pasar Ampangan, Kampung Baru Cina Mambau bagi meninjau kemudahan asas dan keperluan berkaitan bagi setiap lokasi tersebut. Penyelenggaran yang akan dilakukan selain dapat menyediakan kemudahan yang selesa kepada masyarakat setempat dan usaha untuk penempatan perumahan awam yang kondusif serta selamat untuk didiami, Ianya juga usaha dalam menyakan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable Development Goals-SDGs).
Turut hadir semasa lawatan ialah, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Ahli Parlimen Rasah, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Adun Kawasan, Ahli-Ahli Majlis MBS, Ketua Jabatan Negeri & Pesekutuan, Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha MBS, Ketua-ketua Jabatan & Unit MBS.