Seremban, 26 Mac 2025 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan lawatan turun padang ke Bazar Ramadan Metropak Sendayan bagi menyantuni peniaga-peniaga dan pengunjung bazar. Lawatan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim Majlis Bandaraya Seremban dan warga bandar raya Seremban.
Semasa lawatan diadakan, YBhg. Datuk Bandar turut mengagihkan cenderamata kepada 125 peniaga bazar ramadan berupa bekas makanan dan plastik mudah terurai. Ini adalah bagi mempromosikan Seremban bebas beg plastik kepada warga bandar raya Seremban.
Hadir sama semasa lawatan diadakan ialah En. Hamdan bin Md Noor Ahli Majlis MBS, Tn. Ir. Ts. Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS, En. Muhammad Shahidan bin Rahim Timbalan Pengarah Kesihatan Persekitaran MBS, En. Shamaruddin bin Saidin Ketua Unit Komunikasi Korporat MBS, dan Pegawai-pegawai MBS.





