Lawatan Turun Padang Datuk Bandar Ke Bazar Ramadan One Avenue, Seremban 2
Seremban, 19 Mac 2025 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan lawatan turun padang ke Bazar Ramadan One Avenue, Seremban 2 bagi menyantuni peniaga-peniaga dan pengunjung bazar. Lawatan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim Majlis Bandaraya Seremban dan warga bandar raya Seremban.
Semasa lawatan diadakan, YBhg. Datuk Bandar turut mengagihkan cenderamata kepada 80 peniaga bazar ramadan berupa beg plastik mudah terurai dan bekas makanan. Ini adalah bagi mempromosikan Seremban bebas beg plastik kepada warga bandar raya Seremban.
Hadir sama semasa lawatan diadakan ialah En. Chong Say Ho Ahli Majlis MBS, En. Hanizam bin Ahmad Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasa MBS, En. Muhammad Shahidan bin Rahim Timbalan Pengarah Kesihatan Persekitaran MBS, Pn. Nurhidayah bt Zainuddin Timbalan Pengarah Pelesenan & Pembangunan Usahawan MBS, En. Shamaruddin bin Saidin Ketua Unit Komunikasi Korporat MBS, Pembantu Ahli Majlis dan Pegawai-pegawai MBS.




