MAJLIS APRESIASI HARI KEBANGSAAN DAN INOVASI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Seremban, 1 Oktober 2024 - YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah merasmikan Majlis Apresiasi Hari Kebangsaan dan Inovasi Peringkat Negeri Sembilan. Sekalung Tahniah diucapkan buat Kumpulan AQAR dari Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS dan Kumpulan AWAN BIRU dari Unit Komunikasi Korporat bersama Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi MBS kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Konvensyen Inovatif & Kreatif Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024.
Kumpulan Aqar yang bertanding bagi kategori Inovasi Sosial menampilkan projek E-Red iaitu satu proses kerja bagi mendidik masyarakat untuk mematuhi undang-undang seperti yang telah ditetapkan. Manakala Kumpulan Awan Biru bertanding bagi kategori Penyampaian Perkhidmatan menampilkan projek mewujudkan sistem pendigitalan dokumen MS ISO 9001:2015 bagi memudahkan urusan kerja seharian. Dalam pada itu, MBS juga telah berjaya menjadi sebagai naib juara bagi pertandingan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan kategori Jabatan & Agensi Kerajaan. Terima Kasih diucapkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan atas kejayaan penganjuran pertandingan sempena Bulan Kemerdekaan & Inovasi. Tahniah juga diucapkan buat seluruh rakan-rakan pemenang-pemenang daripada kesemua agensi.