YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyampaikan anugerah kepada warga kerja Majlis Bandaraya Seremban di D’Tempat Country Club, Sendayan. Antara anugerah yang telah disampaikan adalah :- 1. Anak-anak kakitangan yang cemerlang di dalam peperiksaan bagi tahun 2021 (68 orang) ; 2. bekas pesara tahun 2021 (24 orang) ; 3. Kakitangan yang mengerjakan umrah & tempat ibadat ; 4. Anugerah khas kesetiaan tahun 2021 & 2022 (49 orang) ; 5. Anugerah pekerja contoh bulanan bagi bulan Januari sehingga Ogos 2022 (48 orang) ; 6. bekas Ahli Majlis sesi tahun 2020 sehingga Jun 2022 (1 orang). Turut hadir semasa majlis penyampaian ialah Ahli-Ahli Majlis MBS, Tn. Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS.
|