YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah meluangkan masa hadir bagi memeriahkan lagi Sukaneka Hari Sihat DUN Labu. Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Labu. Program anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan MBS ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan menggalakkan cara hidup sihat dengan bersukan selain dapat merapatkan silaturahim antara penduduk setempat dan Majlis Bandaraya Seremban. Turut hadir ialah TPr. Mohd Helimy bin Samat (Ahli Majlis MBS), Tn. Mas Midyawan bin Yahya (Setiausaha MBS), Tn.Hj. Mustaza bin Musa (wakil Matrix Concept Group), pegawai-pegawai MBS dan penduduk setempat.
|