Kerajaan Negeri Sembilan telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Kompleks Arena , Dataran Tampin. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan dan isteri serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban dan Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban Semoga sempena Tahun Tikus ini membawa kekayaan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada masyarakat Cina. |