Mesyuarat Majlis Penuh Bil.3/2025

Seremban, 26 Mac 2025 - YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh (MMP) Bil.1/2025 di Bilik Dato’ Klana Petra, Wisma MBS.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh 24 orang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban, Tn, Ir. Ts. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban.

Turut hadir ialah YB ADUN Kawasan dan rakan-rakan media juga turut hadir sebagai pemerhati di dalam mesyuarat ini. Untuk makluman, mesyuarat ini juga disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook MBS dan menggunakan khidmat jurubahasa daripada Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA).

1_mesy2_mesy3_mesy4_mesy5_mesy