OPERASI BERSEPADU BAZAR AIDILFITRI DATARAN SENAWANG 1444H / 2023M
Seremban, 16 April 2023 - Operasi bersepadu bazar Aidilfitri Dataran Senawang 1444H/2023M telah dijalankan semalam. Operasi ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Polis DiRaja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan Jabatan Imigresen Malaysia. Operasi turut disertai oleh Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha MBS, En. Lotffee bin Hj Abdullah, Pengarah Pembersihan & Kesihatan Persekitaran, MBS dan En. Hanizam bin Ahmad, Pengarah Undang - Undang & Penguatkuasaan, MBS.
Hasil pemantauan dan tindakan :
352 gerai telah diperiksa. Tujuan pemeriksaan adalah bagi memastikan kepentingan pelanggan dijaga dan peniaga serta penganjur mematuhi syarat-syarat yang telah mereka tawarkan semasa mereka memohon utk terlibat dalam Bazar Aidil Fitri tahun ini.