OPERASI PENGUATKUASAAN BAZAR AIDILFITRI 2025 DI DATARAN SENAWANG - MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN

Seremban, 26 Mac 2025 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama agensi-agensi berkaitan telah melaksanakan operasi penguatkuasaan Bazar Aidilfitri 2025 yang berlangsung di Dataran Senawang pada malam semalam.

Operasi ini diketuai oleh YBrs. Ir. Ts. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS dengan melibatkan kekuatan seramai 93 anggota daripada pelbagai agensi, iaitu:

1. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ;
2. Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)M ;
3. Polis Diraja Malaysia (PDRM) ;
4. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ;
5. Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang merangkumi Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pelesenan, Bahagian Kesihatan, dan Unit Komunikasi Korporat.

Objektif utama operasi ini adalah untuk memberikan pendidikan dan nasihat kepada para peniaga mengenai syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dalam lesen perniagaan Bazar Aidilfitri.

Dalam masa yang sama, tindakan tegas akan diambil terhadap pelanggaran serius seperti
kehadiran warga asing dalam aktiviti perniagaan bazar.

Selain itu, operasi ini juga bertujuan memastikan peniaga mematuhi peraturan lain yang ditetapkan oleh agensi kerajaan lain seperti:

• KPDN – Kepatuhan kepada peraturan berkaitan paparan harga barangan.
• PDRM – Larangan penjualan barangan berbahaya seperti mercun dan bunga api.
• KKM – Syarat suntikan typhoid untuk pengendali makanan.
• SSM – Keperluan pendaftaran perniagaan bagi peniaga yang beroperasi.
• JIM – Pengesahan status pekerja yang disyaki warga asing yang terlibat dalam perniagaan.

Dataran Senawang menempatkan tiga bazar Aidilfitri yang dikendalikan oleh tiga penganjur berdaftar dengan jumlah tapak perniagaan seperti di Dataran 1 – 140 tapak, Dataran 2 – 65 tapak ,Dataran 3 – 140 tapak

Waktu perniagaan yang diluluskan bagi Bazar Aidilfitri di Dataran Senawang adalah dari jam 7 malam hingga 3 pagi, atas permohonan khas daripada penganjur. Walau bagaimanapun, waktu operasi bagi kebanyakan bazar aidilfitri lain di bawah pentadbiran MBS adalah sehingga jam 12 malam sahaja.

MBS komited untuk memastikan kelancaran operasi bazar dan mengingatkan semua pihak, termasuk peniaga dan pengunjung, agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan demi kesejahteraan bersama.

1_operasi2_operasi3_operasi4_operasi5_operasi