PENGUATKUASAAN BERSEPADU DI KAWASAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN
Nilai, 22 Disember 2024 - Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan Operasi Penguatkuasaan Dalam Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban hari ini. Operasi bersepadu melibatkan kekuatan anggota seramai 156 orang terdiri daripada MBS, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Jabatan Imigresen Malaysia N.Sembilan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) N.Sembilan, dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mensasarkan premis perniagaan melibatkan warga asing. Hasil laporan operasi adalah seperti berikut :-
MBS: 33 premis melakukan kesalahan dengan 37 kompaun pelbagai kesalahan & 1 sitaan
KPDN: 3 Premis melakukan kesalahan dengan 1 kompaun & 2 sitaan.
JIM : 9 tangkapan
PDRM: Bantuan pemeriksaan & keselamatan
Operasi yang diadakan ini adalah di bawah :-
1. Akta Jalan Parit & Bangunan 1974
- meletakan barang di tempat awam
2. UUK Tred, Perniagaan & Perindustrian 1996:
- Menjalankan perniagaan tanpa lesen
- melanggar syarat lesen - Warga Asing bekerja di Kaunter
- melanggar syarat lesen - Tiada pekerja warganegara
3. UUK Iklan 1980
- Mempamerkan iklan perniagaan tanpa lesen KPDN
- 2 kes sitaan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961
- 1 kes kompaun di bawah Akta Timbang & Sukat 1972
Hadir sama semasa operasi diadakan ialah YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan,Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan merangkap ADUN kawasan Nilai, dan En. Thanabalan a/l Ramiah, Ahli Majlis MBS. Majlis meminta pemilik premis peniagaan sentiasa mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Seremban.