PERJUMPAAN TUAN SETIAUSAHA MBS BERSAMA ANGGOTA PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN


Seremban, 15 November 2024 - Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan perjumpaan bersama dengan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Seremban di Wisma MBS awal pagi tadi. Perjumpaan ini adalah untuk menyampaikan amanat kepada seluruh pasukan Penguatkuasa MBS supaya memperkukuhkan lagi semangat kerja berpasukan dan patuh dalam melaksanakan tugas serta amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin selaras dengan keputusan Majlis dan sentiasa berdisiplin semasa menjalankan tugas.


Turut hadir semasa perjumpaan diadakan ialah En. Hanizam bin Ahmad, Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS dan En. Hairulazmi bin Mohd Ali, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan MBS.

PERJUMPAAN TUAN SETIAUSAHA MBS BERSAMA ANGGOTA PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN PERJUMPAAN TUAN SETIAUSAHA MBS BERSAMA ANGGOTA PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN
PERJUMPAAN TUAN SETIAUSAHA MBS BERSAMA ANGGOTA PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN PERJUMPAAN TUAN SETIAUSAHA MBS BERSAMA ANGGOTA PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN